malaysian women using facial cleanser

Tips Pemilihan Pencuci Muka Yang Terbaik untuk Kulit Berminyak

Mempunyai kulit muka berminyak bukanlah perkara yang mudah untuk dihadapi. Ia bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit malah minyak yang berlebihan di muka juga boleh menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat, kulit kusam, kulit dehidrasi, dan sebagainya.

Mencuci muka merupakan langkah yang sangat penting dalam rutin asas penjagaan muka. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit muka yang berminyak, sudah tentu anda mahu menyingkirkan minyak yang berlebihan supaya kulit anda sentiasa kekal segar dan bersih. Walau bagaimanapun, adakah anda merasa kulit anda pedih, tegang, dan kemerahan ketika mencuci muka? Jika ya, ini bermakna anda menggunakan pencuci muka yang salah! Jadi, pencuci muka apakah yang sesuai untuk kulit berminyak?

Sebelum itu, mari kita ketahui bagaimana cara untuk mencuci muka dengan betul.

1. Cuci muka dua kali sehari sahaja

facewash

Semasa kulit berminyak, sudah semestinya anda mahu mencuci muka pada setiap masa. Walaupun anda berasa tidak selesa dengan kulit berminyak, anda hanya perlu mencuci muka dua kali sehari sahaja! Iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Mencuci muka secara berlebihan akan mengeringkan kulit dan menghilangkan sebum semula jadi yang diperlukan oleh kulit. Ya, anda masih memerlukan sebum untuk memastikan kulit kekal anjal dan sihat!

2. Ikut 60 second rule

foam wash in 60 seconds

Pernah dengar tentang 60 second rule? Jika anda seorang pengguna Media Sosial atau sentiasa mengikuti tip penjagaan kulit, sudah pasti anda tahu tentang trend ini. 60 second rule atau peraturan 60 saat di mana anda perlu membersihkan muka anda selama 60 saat. Mudah, kan? Hal ini kerana semasa mencuci muka selama 60 saat, buih-buih akan masuk ke dalam liang pori seterusnya mengurangkan jumlah minyak pada kulit muka. Dalam tempoh 60 saat itu juga buih akan mencairkan sebum dan minyak pada muka.

3. Sapukan pelembap muka selepas mencuci muka

applying mositurizer on face

Mengawal pengeluaran minyak di muka bukan perkara yang mudah. Anda perlu seimbangkan kuantiti minyak di dalam lapisan kulit supaya kulit anda tidak dehidrasi. Walaupun anda mahu minyak di muka hilang untuk selamanya tetapi anda perlu ingat bahawa penting untuk mengekalkan sebum yang mencukupi untuk kulit kekal sihat dan anjal. Itulah gunanya pelembap muka! Rahsia untuk kulit kekal glowing dan lembap adalah dengan menggunakan pelembap muka sebaik sahaja selesai mencuci muka. Muka yang kering menyebabkan dehidrasi mengakibatkan kulit akan merembes minyak secara berlebihan.

Sekarang, mari kita ketahui bagaimana cara memilih pencuci muka yang terbaik untuk kulit berminyak.

1. Pencuci muka rendah pH

Perkara penting yang anda perlu tahu sebelum memilih pencuci muka ialah nilai pH pencuci muka tersebut. Secara umumnya, nilai pH kulit adalah antara 5.0 dan 6.0. Jadi, kita perlu menggunakan pencuci muka yang rendah pH agar serasi dengan tahap pH semula jadi kulit. Jika nilai pH pencuci muka terlalu tinggi, ia boleh mengganggu nilai pH semula jadi kulit seterusnya merosakkan lapisan luar kulit! Ini bukan sahaja boleh mengakibatkan anda kehilangan lembapan kulit, malah ia juga turut mengakibatkan keradangan dan meningkatkan risiko masalah kulit. Oleh itu, pastikan anda tahu nilai pH pencuci muka anda untuk membersihkan kulit dari kotoran, sel kulit mati, dan minyak berlebihan tanpa menyebabkan kulit kering dan tegang.

2. Pencuci muka yang tidak mengandungi Sodium Lauryl Sulphate (SLS)

Sodium Lauryl Sulfate (SLS) biasanya digunakan dalam produk kecantikan seperti sabun badan, pencuci muka, syampu dan pencuci tangan bagi menghasilkan buih untuk mencuci. Jadi, adakah ia bahaya? Isu utama tentang bahan ini adalah kesan SLS pada struktur kulit. Sesetengah pakar percaya bahawa SLS boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk pada epidermis, menipiskan lapisan atas kulit, dan menyebabkan kekeringan yang teruk, yang membawa kepada kerengsaan. Apabila lapisan luar kulit rosak, ia akan terdedah kepada bakteria dan mengakibatkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan jangkitan kuman.

3. Pencuci muka yang boleh merawat jerawat

Apabila kulit muka berminyak, ia lebih cenderung untuk ada jerawat. Hal ini kerana, minyak yang berlebihan akan terperangkap dalam liang pori dan menghasilkan jerawat. Nak tahu rahsia untuk mengawal jerawat secara berkesan? Gunalah pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan yang selamat untuk kulit seperti Tea Tree Oil, Green Tea Extract, atau Niacinamide untuk mengawal penghasilan minyak yang berlebihan serta mengurangkan masalah jerawat. Walau bagaimanapun, anda harus pastikan bahawa pencuci muka tersebut tidak mengeringkan dan menegangkan kulit.

Adakah anda masih tercari-cari pencuci muka apakah yang sesuai untuk kulit berminyak? Marilah cuba NIHON Soothing Facial Cleanser!

NIHON Soothing Face Cleanser membersihkan kulit anda secara mendalam untuk melegakan dan menenangkan kulit. Dengan nilai pH 6, ia mengandungi bahan-bahan yang selamat dan baik untuk kulit seperti Sodium Hyaluronate, Green Tea Extract, Mushroom, Peppermint, dan Tea Tree oil, yang bukan sahaja boleh menghilangkan sebarang kekotoran dan sebum berlebihan malah ia juga berkesan untuk mengawal jerawat dan menghidratkan kulit! Jadi kulit anda tidak akan berasa kering dan tegang selepas mencuci muka! Bukan itu sahaja. Anda juga boleh menikmati sensasi yang segar ketika mencuci muka pada waktu pagi dan menenangkan kulit yang lesu ketika anda mencuci muka sebelum tidur.

Apa tunggu lagi? Jangan lupa dapatkan NIHON Soothing Facial Cleanser sekarang untuk peroleh kulit yang lembut seperti mochi!

FAQ

Apakah pemilihan pencuci muka yang salah bisa memperparah kondisi kulit berminyak?

Ya, pemilihan pencuci muka yang salah dapat membuat kulit semakin berminyak atau bahkan menyebabkan iritasi dan jerawat.

Apakah produk dengan kandungan alkohol cocok untuk kulit berminyak?

Secara umum, produk dengan kandungan alkohol kurang cocok untuk kulit berminyak karena dapat menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan iritasi.

Bagaimana cara memastikan pencuci muka yang digunakan tidak menyebabkan iritasi pada kulit berminyak?

Pilihlah produk yang tidak mengandung bahan iritasi, seperti pewangi atau pewarna, dan pastikan produk tersebut memiliki pH yang seimbang dan cocok untuk kulit berminyak.

Apa jenis bahan aktif yang sebaiknya dicari dalam pencuci muka untuk kulit berminyak?

Beberapa bahan aktif yang sebaiknya dicari dalam pencuci muka untuk kulit berminyak antara lain asam salisilat, benzoyl peroxide, dan sulfur.

Apakah pemakaian pencuci muka yang terlalu sering dapat mengurangi kelembapan kulit berminyak?

Ya, pemakaian pencuci muka yang terlalu sering dapat mengurangi kelembapan kulit berminyak dan membuatnya semakin kering. Sebaiknya gunakan pencuci muka maksimal dua kali sehari.